April 29, 2016
Tiada seorang pun di kalangan kita yang mahu kelihatan gemuk apatah lagi sakit. Tambahan, dapat menikmati segala jenis makanan tanpa perlu catu atau menahan-nahan nafsu makan. Namun, agak mustahil dapat menikmati semua itu tanpa pertambahan berat badan kerana setiap makanan berbeza-beza jumlah kalorinya.
Seperti yang pernah ditekankan sebelum ini, konsep kurus dan sihat adalah berpada-pada dalam pemakanan. Jika diet pemakanan seimbang dan sentiasa kekal terjaga, proses penurunan berat badan anda pasti berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang lama. Dan anda juga perlu sanggup berkorban meninggalkan segala jenis makanan enak yang tidak berkhasiat.
Jadi, adakah anda menginginkan tips diet yang mudah dan berkesan? Nah, kami kongsikan beberapa tips diet yang sihat dan tidak ada alasan anda tidak mampu untuk melakukannya.
Continue Reading ➞
April 25, 2016

Ramai di kalangan kita yang berhasrat ingin menurunkan badan dalam masa yang cepat. Oleh itu, mereka akan berusaha untuk melakukan apa sahaja asalkan berjaya mendapat berat dan bentuk badan yang diidamkan sehinggakan ada yang berdiet ketat dan hampir mempertaruhkan nyawa sendiri.
Masa kini wujudnya pelbagai jenis atau cara berdiet dan tercetusnya juga ‘Diet Rendah Karbohidrat Tinggi Protein’. Namun begitu, diet ini ternyata dianggap sebagai diet ‘bahaya’ sehingga mampu memudaratkan kesihatan seseorang jika keterlaluan atau tidak dikawal dengan baik. Kesan sampingan yang timbul seolah-olah suatu ancaman kepada pengamal diet Atkins khususnya. Mengapa hal ini boleh terjadi?
Continue Reading ➞
April 21, 2016
Hai, lunch makan apa? Ada yang makan salad sahaja ke? Salad sesuai untuk orang-orang yang sedang berdiet kerana mengandungi serat (fiber) yang tinggi. Lagipun ketika berdiet memang amat kita digalakkan agar mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Salah satu makanan yang yang biasa dimakan orang-orang yang sedang berdiet adalah salad. Ya, dalam semangkuk salad, semua keperluan nutrisi sudah mencukupi. Namun begitu, benarkah dakwaan bahawa berdiet dengan salad merupakan antara makanan yang sesuai, sihat dan seimbang?
Sebenarnya tidak semua jenis salad dibolehkan atau disarankan untuk diambil ketika berdiet. Sayuran atau buah-buahan yang segar serta dressing rendah lemak merupakan salad yang baik untuk diet anda. Namun, seringkali kita pasti tergoda untuk menambahkan rasa tambahan yang lain seperti krim, mayonis atau pun keju ke dalamnya. Jika anda sedang berdiet, pastikan anda tidak mengambil jenis-jenis salad seperti di bawah ini.
Continue Reading ➞
April 13, 2016

Biasanya tuntutan kerja di meja kerja membuatkan seseorang terpaksa duduk berjam-jam lamanya. Semua orang tentunya sudah sedia maklum bahawa kebiasaan duduk terlalu lama sebenarnya tidak baik untuk kesihatan.
Hal ini kerana ia bukan sahaja mengundang kepada masalah kegemukan, duduk tanpa melakukan banyak aktiviti juga akan meningkatkan tekanan darah, meningkatkan potensi penyakit jantung, diabetes, buasir dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menghindari dan mengatasinya bagi memastikan tubuh badan anda tetap sihat. Menurut satu penelitian di Barat bahawa dengan berolahraga dan membuar beberapa aktiviti kecergasan secara rutin dapat membantu serta mencegah seseorang mendapat pelbagai kesan buruk terutamanya ke atas kesihatannya jika duduk terlalu lama.
Continue Reading ➞
April 7, 2016

Kehidupan yang serba moden dan rutin harian yang padat menyukarkan kita untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Biasanya waktu tidur normal seseorang adalah antara tujuh (7) jam sehari. Namun, ramai orang hanya menghabiskan waktu istirehatnya lima (5) jam sahaja.
Benarkah masalah tidur penyebab kepada masalah kegemukan? Ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa 7 daripada 10 orang mengalami masalah tidur yang berkualiti. Perkara ini nampak remeh dan biasa, tetapi jika dibiarkan berlarutan lama-kelamaan ia menjadi punca kepada masalah kesihatan lebih-lebih lagi berkaitan dengan berat badan.
Continue Reading ➞
April 1, 2016

Topik kali ini berkaitan kolesterol. Bagi anda yang mementingkan kesihatan atau sedang berdiet, sangat penting untuk mengetahui jumlah atau kadar kolestrol yang perlu diambil dalam setiap makanan. Walaupun kolesterol penting dalam menjana haba, namun jika diambil secara berlebihan ianya akan membahayakan tubuh badan malahan membawa kepada pelbagai penyakit yang kronik.
Continue Reading ➞