December 3, 2015

Persepsi untuk kurus perlu diubah kepada mencapai berat badan yang ideal. Amalan gaya hidup yang sihat adalah penting dan lebih utama untuk memastikan kita mencapai berat badan yang seimbang. Ini termasuk penjagaan pemakanan setiap waktu perlulah dititik beratkan.
Semua orang, tidak kira umur atau pangkat mampu untuk mendapat berat badan yang ideal, dengan syarat anda mestilah kekalkan disiplin dalam pemakanan seharian. Continue Reading ➞
December 1, 2015

Bagaimanakah anda menilai sesuatu hidangan itu dikatakan makanan yang sihat dan berkualiti atau kurang sihat? Masih ramai lagi yang sukar untuk mengenalpasti dan menentukan samada adakah makanan yang anda nikmati sihat atau tidak. Ianya adalah subjektif untuk dikatakan kerana nutrisi sesuatu hidangan itu tidak bergantung kepada satu bahan semata-mata dan cara hidangan tersebut. Continue Reading ➞
October 31, 2015

Pada musim panas dan kering, tembikai semestinya menjadi pilihan sesiapa saja terutamanya apabila mereka membuka peti sejuk. Ini kerana tembikai sebenarnya mengandungi 92% air. Saya yakin ini adalah salah satu sebab utama mengapa tembikai perlu sentiasa ada pada musim panas kerana apabila kita berpeluh pada musim panas, ia akan menyebabkan kita mengalami dehidrasi. Selain mempunyai kandungan air yang banyak, tembikai juga mengandungi kandungan pelbagai nutrient lain seperti vitamin, mineral, asid amino, antioksidan, dan ‘phytonutrients’.
Continue Reading ➞
October 29, 2015

Yogurt atau juga dikenali sebagai dadih adalah merupakan satu bentuk susu, yang diperolehi dari lembu, kambing dan juga kerbau. Ianya berbentuk pekat menjadikan ia berkrim dan mempunyai rasa yang sedikit masam. Yogurt biasanya didatangi tanpa lemak atau rendah lemak, dan ia didatangi dalam pelbagai jenis rasa dan tekstur. Pengambilan yogurt membuktikan bahawa anda sedang mempunyai diet yang seimbang dan sihat. Satu kajian yang diterbitkan dalam ‘Nutrition Research’ mendapati bahawa orang yang makan yogurt setiap minggu mempunyai diet dan kesihatan yang lebih baik secara keseluruhan.
Continue Reading ➞
October 27, 2015

Anda sudah penat melakukan pelbagai senaman dalam usaha menurunkan berat badan anda? Anda tidak sempat untuk melakukan senaman kerana anda seorang individu yang berkerjaya? Jangan risau, walaupun anda seorang individu yang selalu sibuk dengan tugasan harian, anda masih boleh menurunkan kalori dengan cara yang paling malas dan santai, namun berkesan ini.
Continue Reading ➞
October 26, 2015

Pernahkah anda pergi ke gymnasium dan selepas beberapa ‘workout’ atau latihan senaman, anda mula berasa pening dan loya? Berdasarkan pemerhatian saya, hal ini banyak terjadi terutamanya kepada seseorang yang hanya sekali sekala ke gymnasium atau seseorang yang bekerjasama dengan jurulatih peribadi. Hal ini terjadi akibat mereka didorong untuk melakukan latihan senaman tersebut, di mana mereka akan memaksa tubuh badan mereka untuk melakukan latihan senaman melebihi tahap yang mereka mampu lakukan sehingga ia mengakibatkan mereka pengsan. Selain itu, hal ini juga terjadi berpunca dari ‘hypoglycemia’, di mana tahap gula dalam darah berada di bawah tahap normal. Cara yang paling mudah untuk menanganinya dengan meminum jus oren. Tetapi bagaimana kita boleh memastikan kita makan makanan yang berkualiti menjelang latihan senaman supaya kita mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan dan juga mendapat manfaat hasil daripada kerja keras di gym? Berikut merupakan 5 makanan yang mampu memperhebatkan latihan senaman anda di gymnasium.
Continue Reading ➞
October 17, 2015

Buah-buahan eksotik seperti jambu batu, dan manggis, sememangnya amat terkenal dalam kesihatan kerana ia mempunyai tahap antioksidan dan vitamin yang tinggi, tetapi menurut beberapa penyelidikan yang dilakukan secara besar-besaran baru-baru ini telah menunjukkan bahawa buah-buahan biasa seperti epal, anggur, dan buah-buahan lain mengandungi beberapa faedah kesihatan yang mengagumkan.
Continue Reading ➞
October 15, 2015

Bawang putih sebenarnya merupakan satu makanan yang menakjubkan! Suatu ketika dahulu, bawang putih amat terkenal kerana baunya yang agak menusuk hidung. Tetapi, para saintis telah membuat kajian dan mereka mendapati satu yang hebat, iaitu bawang putih mampu mencegah individu dari mengalami berat badan berlebihan, yang juga mampu menyebabkan penurunan berat badan, selain mampu mencegah penyakit dan lain-lain.
Continue Reading ➞
October 13, 2015

Masalah perut buncit sememangnya menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah individu. Bukan saja individu yang gemuk berdepan dengan masalah ini, malahan yang kurus pun turut menghadapi masalah perut buncit. Jadi bagaimana caranya untuk anda kembalikan perut anda kepada bentuk asal yang kempis? Mungkin anda patut mencuba 4 perkara di bawah dan anda sedang dalam perjalanan anda ke arah perut yang mendatar dalam bila-bila masa!
Continue Reading ➞
October 12, 2015

Halia merupakan salah satu daripada ubat-ubatan semula jadi yang berkesan untuk tubuh badan manusia. Halia adalah salah satu daripada makanan yang boleh memberikan satu impak kepada kesihatan anda, kerana ia adalah penuh dengan zat yang sihat untuk badan dan minda anda. Halia boleh dicampurkan dengan air teh bersama madu atau air limau, untuk kesan penurunan berat badan yang mudah dan cepat.
Continue Reading ➞