Kadang-kala kehidupan tidak seadil yang anda sangkakan. Rakan-rakan disekeliling anda makan makanan dengan kuantiti yang banyak tetapi berat mereka tidak naik walaupun 1 gram. Sementara anda yang berusaha mencatu makanan tetapi berat badan anda masih tidak berkurang. Disini mungkin disebabkan oleh kadar metabolisme anda berbeza dengan rakan anda. Metabolisme adalah proses kimia yang menukar kalori kepada tenaga. Ianya melibatkan apa sahaja tubuh badan anda lakukan daripada bernafas, berjalan sehingga berfikir. Saiz tubuh badan, jantina, dan umur adalah faktor-faktor yang memberi kesan kepada kadar maetabolisme anda. Tetapi anda tidak perlu runsing kerana terdapat kaedah yang boleh membantu anda untuk mengawal kadar metabolisme anda. Continue Reading ➞
Makanan Diet
5 Rahsia Turunkan Berat Badan Secara Berterusan
Rasa takut kepada kegagalan akan menyebabkan kita untuk tidak mengambil risiko atau mencuba sesuatu yang baru. Tetapi meraka yang gagal berusaha untuk mencuba sebenarnya akan menempuhi kegagalan yang lebih besar berbanding mereka yang gagal setelah mencuba. Untuk mengurangkan berat badan, ianya memerlukan anda untuk mencuba pelbagai jenis diet dan senaman yang sesuai dengan anda. Proses tersebut kadang kala mengambil masa yang lama untuk anda mengenal pasti jenis diet dan senaman yang sesuai dengan tubuh badan anda. Di sini terdapat beberapa jenis diet yang anda perlu jauhi untuk mengelak anda daripada gagal dalam mengurangkan berat badan. Continue Reading ➞
5 Rahsia Kebaikan Serbuk Kari Yang Anda Belum Ketahui
Serbuk kari diperbuat daripada pelbagai herba dan rempah ratus. Bahan-bahan yang terkandung didalam serbuk kari bergantung kepada citarasa masyarakat di negara pengeluar tersebut. Tetapi kebiasaannya serbuk kari mengandungi kunyit, ketumbar, buah pelage dan jintan putih. Kesemua bahan-bahan tersebut mampu memberi manfaat kepada tubuh badan anda. Continue Reading ➞
5 Alasan Untuk Bersenam Selain Daripada Untuk Menguruskan Badan
Jika anda perasan, ramai yang ingin menurunkan berat badan dan ianya sudah menjadi trend di Malaysia. Tempat seperti taman rekreasi dan gimnasium sudah dipenuhi oleh orang ramai yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan peringkat umur. Ini menunjukkan sudah ramai ketahui pentingnya mempunyai berat badan yang sihat. Menurunkan berat badan walaupun dalam jumlah sedikit sudah cukup untuk membantu anda dalam mengurangkan atau menghindari anda daripada risiko masalah kesihatan. Continue Reading ➞
6 Jenis Makanan Untuk Meningkatkan Kadar Metabolisme
Mempunyai tahap metabolisme yang tinggi dapat membantu anda untuk membakar kalori yang banyak dalam masa yang singkat dan seterusnya dapat membantu anda dalam menguruskan badan. Terdapat banyak faktor yang memberi kesan kepada tahap metabolisme anda seperti jantina dan umur. Lelaki kebiasaannya membakar lebih banyak kalori berbanding wanita biarpun mereka dalam keadaan rehat dan kebiasaannya tahap metabolisme seseorang akan menjadi lebih perlahan apabila seseorang mencapai umur 40 tahun keatas. Walaupun anda tidak dapat mengawal umur, jantina dan genetik anda, terdapat pelbagai makanan yang dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme anda. Continue Reading ➞
7 Cara Mudah Untuk Kuruskan Badan
Bagi anda yang telah lama impikan tubuh badan yang sihat, semestinya anda telah ketahui tentang pentingnya jumlah pengambilan kalori seharian anda. Formulanya mudah, kurangkan pengambilan kalori dan banyakkan pembakaran kalori. Untuk mengurangkan pengambilan kalori, semestinya ramai dikalangan anda yang telah mencuba pelbagai jenis pelan diet tetapi hasilnya tidaklah sepertimana yang anda jangkakan. Jika anda ingin menurunkan berat badan dalam masa terdekat, mungkin kaedah-kaedah berikut dapat membantu anda.
6 Rahsia Untuk Elak Makan Makanan Yang Tidak Sihat
Keinginan untuk makan berlebihan dan makanan yang tidak sihat berlaku kepada semua orang dan kebanyakkannya tentu akan mengalah kepada godaan tersebut. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan anda keinginan tersebut antaranya tekanan di tempat kerja atau hormon yang tidak stabil. Bagi anda yang sukar untuk mengawal godaan anda tersebut, ianya masih belum terlambat untuk anda perbetulkan tabiat anda.
5 Rahsia Kecantikkan Peroleh Daripada Bersenam
Sesiapa sahaja yang menyertai senaman aerobik atau pergi ke gymnasium sebagai satu jadual harian pasti pergi dengan tujuan untuk mendapatkan tubuh badan yang menawan dan sihat. Umum ketahui, bersenam dapat memberi banyak kelebihan kepada tubuh badan anda secara keseluruhan tetapi senaman juga dapat menjadikan anda lebih cantik.
6 Rahsia Lemon Yang Belum Anda Ketahui
Bagaimana anda memulakan hari anda amatlah penting. Samaada anda seorang surirumah, seorang usahawan, atau seorang cikgu, apa perkara pertama yang anda lakukan dipagi hari amatlah penting. Ramai yang memilih secawan kopi untuk untuk sarapan pagi. Tetapi ramai juga yang tidak mengetahui minum secawan jus lemon yang suam adalh lebih baik berbanding kopi. Kenapa?
5 Makanan Untuk Menguruskan Badan
Apabila anda ingin kuruskan badan, memilih menu makanan yang sihat mungkin akan memeningkan anda. Sukar bagi anda untuk mengenal pasti makanan yang dapat membantu anda dalam proses kuruskan badan. Terdapat makanan dapat membantu anda untuk kuruskan badan tetapi tidak mengenyangkan perut anda pada masa jangka yang panjang. Anda tidak perlu runsing, berikut adalah makanan yang bukan sahaja dapat membantu anda kuruskan badan tetapi juga sedap dan mengenyangkan anda.
1. Telur
Sarapan pagi penting jika anda ingin kuruskan badan dan mulakan hari anda dengan makanan yang kaya dengan protein dapat membantu anda untuk kenyang dalam jangka masa yang panjang. Kajian menunjukkan jika bersarapan pagi dengan makanan yang kaya dengan protein seperti telur dapat membantu anda kenyang lebih lama berbanding mereka yang bersarapan dengan makanan berasaskan bijiran.
2. Teh Hijau
Teh hijau bukan sekadar minuman panas dan berperisa. Ianya juaga dapat membantu anda dalam menguruskan badan. Antioksida yang terkandung dalam teh hijau dapat mempercepatkan tahap metabolisme dan pembakaran lemak anda yang dimana dapat mengurangkan indeks jisim badan (BMI) anda. Satu kajian mendapati bahawa lima cawan teh hijau sehari boleh membantu anda menurunkan berat badan dua kali ganda lebih banyak, sebahagian besar di bahagian perut anda.
3. Sup
Mulakan hidangan anda dengan secawan sup dan selera anda untuk makan lebih banyak akan berkurang. Kajian menunjukkan dengan pengambilan makanan yang sama tetapi menjadikannya hidangan sup dan bukannya makanan pepejal akan membuat seseorang kenyang dengan lebih cepat dan dapat mengurangkan pengambilan kalori.
4. Kentang
Betul, kentang tinggi dengan karbohidrat, tetapi dengan menjadikan kentang sebagai hidangan dapat mengenyangkan anda lebih cepat berbanding hidangan lain seperti roti. Jika anda merebus kentang dan kemudiannya biarkannya sejuk untuk seketika, kentang tersebut akan membentuk sejumlah Resistance Starch yang banyak yang dimana mempunyai banyak kebaikkan termasuk dapat membantu anda mengurangkan berat badan dan membantu membakar lebih banyak lemak. Resistance Starch membawa maksud sejenis karbohidrat yang menahan enzim-enzim sepanjang proses pencernaan di dalam usus dan membuat anda merasa kenyang lebih lama.
5. Lada
Menambah lada dalam makanan anda adalah cara yang amat baik untuk meningkatkan tahap metabolisme. Semakin tinggi tahap metabolisme anda, semakin banyak kalori anda bakar walaupun anda dalam keadaan rehat. Bahan aktif (Capsaicin) yang terkandung dalam lada dapat mengurangkan selera makan anda dan mempercepatkan proses membakar lemak.













![[ File # csp11172220, License # 2439138 ] Licensed through http://www.canstockphoto.com in accordance with the End User License Agreement (http://www.canstockphoto.com/legal.php) (c) Can Stock Photo Inc. / rawlik](http://diarikurus.com/wp-content/uploads/2015/09/makankurus4.jpg)
