Makanan Diet

5 Rahsia Untuk Minum Lebih Banyak Air

Semestinya anda sudah ketahui kebaikan meminum air dalam membantu anda untuk kuruskan badan. Selain itu air juga dapat membantu anda dalam proses penghadaman dan membantu kulit anda kelihatan lebih sihat.
Tetapi ramai dikalangan anda yang mempunyai masalah dalam memastikan keperluan air yang cukup dalam kehidupan seharian. Kemungkinan anda tidak suka dengan rasa air atau anda jenis yang jarang bangun daripada meja anda untuk mendapatkan air.
Disini terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu anda dalam mendorong tabiat yang sihat untuk meminum air yang banyak setiap hari.

1. Tambahkan Perasa

minumair1

Minum air kosong sahaja mungkin akan membuatkan anda berasa bosan. Menambah perasa ke dalam air minuman pasti akan mendorong anda untuk minum lebih banyak. Daripada menggunakan bahan perasa tiruan, adalah lebih baik jika anda gunakan bahan-bahan yang segar seperti lemon atau limau kasturi sebagai perasa. Lemon bukan sahaja dapat menambahkan perasa dalam air minuman anda tetapi ianya juga dapat membantu anda dalam membuang toksin yang ada dalam badan anda. Jika anda ingin air minuman anda lebih menarik, anda boleh tambah bahan-bahan yang segar ke dalam minuman anda seperti kiwi atau daun pudina. Ianya dapat memberi anda sedikit tekstur dan memberi anda dorongan untuk menghabiskan minuman anda.

2. Makan Air Anda

minumair2

Ya! Makanan juga mengandungi air. Bagi anda mungkin sukar untuk anda meminum air dalam kauntiti yang banyak dalam sehari. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber air yang baik yang dapat menangani masalah anda. Antaranya ialah timun, tomato dan sebagainya. Bukan sahaja dapat membantu anda untuk minum lebih banyak tetapi kaedah ini juga dapat membekalkan anda nutrisi dan khasiat-khasiat yang baik untuk tubuh badan anda. Amatlah penting, jika anda memasak bahan-bahan tersebut, kebanyakkan air yang terkandung dalam makanan tersebut akan hilang. Jadi bahan-bahan tersebut elok dimakan mentah.

3. Botol Air Yang Menarik

minumair3.2

Botol air adalah salah satu cara untuk meningkatkan pengambilan air seharian anda. Tidak salah jika anda melaburkan sedikit wang anda untuk membeli botol air yang cantik dan berkualiti tinggi. Jika anda memiliki botol air yang cantik, anda akan lebih bersemangat untuk menggunakannya dan secara tidak lansung dapat membantu anda untuk minum dengan lebih banyak. Adalah lebih baik jika anda membeli botol air yang mempunyai penanda aras supaya dapat membantu anda untuk melihat perkembangan anda.

4. Makan Makanan Pedas

minumair4

Berlaukkan sambal lada, sambal belacan mahupun kepingan lada dalam hidangan dapat membantu anda untuk meminum air dalam kuantiti yang banyak. Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan makanan pedas dapat meningkatkan tahap metabolism anda. Tetapi pastikan tahap kepedasan setiap hidangan yang anda ambil bersesuaian dengan anda untuk mengelak daripada sakit.

5. Jadikan Satu Cabaran

minumair5

Semua perkara akan menjadi lebih menarik jika dibuat sebagai satu pertandingan atau cabaran. Jika anda mengaplikasikan konsep yang sama dalam pengambilan air dalam sehari, anda secara tidak lansung akan berasa untuk berlumba-lumba untuk menghabiskan air dalam sehari. Keadaan akan lebih menarik jika anda mengajak rakan-rakan anda untuk turut sertai anda. Tetapkan satu target yang anda dan rakan anda perlu capai contohnya 3 liter air dalam masa sehari dan kongsikan perkembangan masing-masing untuk pastikan anda semua dalam landasan yang betul.

8 Faktor Menghalang Anda Daripada Kurus

Penat bersenam dan berdiet mengalahkan atlet sukan tetapi masih tidak dapat turunkan berat badan? Berikut mungkin satu atau lebih faktor yang menghalang anda daripada mencapai matlamat anda.

1. Terlebih Makanan Sihat

takkurus1

Kekacang, minyak zaitun dan roti whole grain adalah makanan yang sihat dan semula jadi tetapi kesemuanya tetap mempunyai kalori. Anda masih perlu mengawal pengambilan makanan-makanan yang sihat. Contohnya, umum ketahui kacang almond amatlah sihat untuk badan anda tetapi secawan kacang almond mempunyai 529 kalori, lebih daripada 30% keperluan kalori seharian anda.

2. Anda Stress

takkurus2

Jangan stress jika anda ingin kurus! Kerana apabila anda tertekan ianya akan menyebabkan pengeluaran kartisol secara berlebihan dan akan mengakibatkan tahap metabolisme anda berkurang dan menggalakkan anda untuk makan lebih banyak. Cuba kurangkan tekanan anda dengan melakukan yoga atau meluangkan lebih masa dengan orang tersayang.

3. Anda Tidak Bersarapan Pagi

takkurus3

Pengambilan kalori mungkin dapat dikurangkan jika anda tidak bersarapan tetapi kebanyakkan orang yang bersarapan selalunya akan dapat mengurangkan berat badan dengan lebih banyak. Mulai pagi esok, pastikan anda bersarapan pagi untuk meningkatkan tahap metabolism anda. Jangan hanya makan apa sahaja untuk sarapan tetapi cuba anda selitkan protein dalam diet anda seperti telur untuk kekalkan tenaga anda dan serat seperti lobak untuk mengenyangkan perut anda lebih lama.

4. Minum Kopi Terlalu Banyak

takkurus4

Sesetengah pakar nutrisi menggalakkan anda meminum kopi untuk mengurangkan berat badan kerana ia akan meningkatkan tenaga seharian anda. Tetapi pengambilan yang banyak juga tidak sihat untuk badan anda. Ini kerana kaffein meransang pengeluaran adrenalin yang dimana akan meningkatkan gula dalam darah. Jika kebanyakkan masa anda hanya duduk bersahaja, gula dalam darah yang tidak digunakan akan disimpan sebagai lemak di dalam badan anda.

5. Anda Tidak Mengamalkan Sukatan Makanan

takkurus5

Dalam mengamalkan diet seimbang, kita ketahui bahawa sukatan makanan adalah satu kunci untuk berjaya. Pastikan anda tegas dalam menyukat makanan anda seperti menggunakan tapak tangan untuk menyukat jumlah nasi yang diperlukan dalam sehari.. Pastikan anda tidak mengambil makanan lebih daripada sukatan dalam pelan diet anda.

6. Pengaruh Rakan

takkurus6

Rakan anda mempunyai pengaruh besar dalam anda menjalani kehidupan seharian anda. Diet pemakanan mereka berbeza dengan anda. Mereka mungkin akan memesan pizza daripada Domino’s Pizza atau ayam goreng daripada KFC diwaktu malam. Amatlah penting anda berkongsi matlamat anda untuk menguruskan badan kepada rakan anda supaya mereka dapat membantu anda dalam mencapai matlamat anda.

7. Kurang Tidur

takkurus7

Anda yang bekerja mengikut waktu pejabat, kebanyakkan akan memilih waktu malam untuk bersenam. Komitmen dalam bersenam boleh membuat masa anda untuk tidur berkurang. Penting bagi anda untuk mempunyai tidur cukup jika ingin kuruskan badan. Anda memerlukan tenaga tambahan untuk seiring dengan rutin senaman anda dan tidur yang kurung boleh mengganggu kebolehan badan anda untuk mengawal selera makan.

8. Kerap Makan Diluar

takkurus8.1

Disebabkan kerja dan kekangan masa, ramai mengambil pilihan untuk makan diluar berbanding memasak dirumah. Apabila anda makan diluar, anda tidak dapat mengawal kandungan kalori dalam makanan sepertimana yang anda mahukan. Kebanyakkan kedai makan menggunakan garam, MSG dan minyak yang banyak dalam penyediaan masakan. Selain membantu anda mengurangkan berat badan, makan masakan di rumah dapat mambantu anda berjimat.

1

6 Rahsia Yang Dapat Galakkan Anda Bangun Awal Untuk Bersenam

Pernahkah anda perasan selepas anda bersenam anda akan berasa lebih bertenaga dan produktif sepanjang hari? Ini bukanlah hanya kebetulan. Bersenam di waktu pagi memberi banyak kelebihan terhadap badan dan minda anda. Antaranya adalah, meningkatkan tahap metabolisme dan membantu anda membakar kalori pada kadar yang tinggi sepanjang hari. Terdapat kajian yang menunjukkan bersenam sebelum sarapan pagi boleh menangani kesan daripada makan berlebihan. Kajian menunjukkan seseorang yang berlari atau berbasikal sebelum sarapan pagi akan mangalami pertambahan berat badan hanya sedikit atau tiada berbanding seseorang yang bersenam selepas bersarapan. Jika anda berasa susah untuk bangun dan bersenam dipagi hari, jom cuba kaedah berikut.

1. Persediaan Dimalam Hari

trick1

Untuk memastikan anda mengikuti rutin bersenam dipagi hari, persediaan peralatan sukan, baju dan air secukupnya pada malam sebelumnya amatlah diperlukan kerana anda hanya mempunyai masa yang sangat sedikit untuk bersenam dipagi hari. Dengan membuat persiapan awal, anda tidak akan membuang masa dengan mencari baju dan kasut sukan anda.

2. Jauhkan Jam Loceng

trick2.1

Daripada tidur berdekatan dengan jam loceng, cuba anda letakkan jam loceng jauh daripada anda yang boleh memaksa anda bangun daripada katil untuk tutup jam loceng tersebut. Sesudah anda bangun daripada katil, ianya akan lebih senang untuk anda menyarung baju sukan dan terus melakukan rutin senaman pagi. Jika anda menggunakan penggera yang memainkan musik, cuba anda tetapkan lagu yang bertenaga yang sering digunakan sewaktu bersenam, ianya dapat menaikkan semangat untuk anda bersenam dipagi hari.

3. Berteman

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Mempunyai rakan ketika bersenam dapat membantu anda lebih bersemangat. Cuba anda membuat temu janji dengan rakan anda dipagi hari. Seperti aerobik di taman atau gym pada pukul 8 pagi. Ini dapat mengelakkan diri anda daripada mencari alasan daripada untuk tidak bersenam.

4. Rakan Baru

Fit women looking at digital table with friends chatting in background in bright exercise room

Bukanlah alasan untuk anda tidak bersenam dipagi hari jika anda tidak mempunyai rakan untuk meneman anda. Cuba anda pergi ke gym setiap pagi sekerap yang mungkin. Lama kelamaan, anda akan terbiasa dengan ahli-ahli gym yang lain. Ia akan membuat anda lebih bersemangat kerana anda tahu bahawa mereka akan berada disana dan mungkin akan ada ahli gym yang sedang menanti kehadiran anda.

5. Berikan Badan Anda Masa

trick5

Pada awalnya, amatlah payah untuk bangun awal daripada tidur anda yang penuh nikmat semata-mata untuk bersenam selama 30 minit di gym. Tetapi selepas satu atau dua minggu tubuh badan anda akan terbiasa dengan jadual baru dan anda akan berasa lebih mudah untuk bangun awal dipagi hari.

6. Ganjaran

Fruit salad and tortilla wraps for a healthy lunch

Bagi anda yang perlukan tenaga sebelum bersenam dipagi hari, amatlah disarankan supaya anda mengambil makanan yang dapat meransang tenaga anda seperti pisang atau sedikit kekacang. Untuk sarapan, buatlah sesuatu yang istimewa sebagai ganjaran terhadap diri anda setelah penat dan untuk segala usaha yang dilakukan semata-mata untuk bersenam. Tetapi, ingat! Jaga pengambilan kalori anda. Ganjaran bukanlah bermaksud anda boleh makan untuk memuaskan nafsu makan anda semata-mata.

Rahsia Kekal Kurus Walaupun Makan Banyak

Kita semua ada rakan yang melawan semua teori kalori dan penambahan berat badan. Apa yang dimaksudkan adalah rakan yang makan dua (2) pinggan nasi setiap hidangan, lima (5) ketul ayam KFC sehari tanpa naik walau 1kg berat badan mereka. Mereka tidak pernah makan salad atau melangkau hidangan seperti yang dilakukan oleh kita untuk kurus. Bagaimana mereka lakukan?

  1. Ambil Masa

kekalkuru1.1

Jangan gelojoh ketika makan! Lengah-lengahkan masa untuk menghabiskan makanan anda. Ini kerana, kajian yang dilakukan oleh Cara Stewart, pakar nutrisi dan diet, otak dan perut kita hanya boleh kesan rasa kenyang hanya selepas 20 minit. Anda boleh cuba kunyah makanan anda 40 kali seperti sunnah Rasulullah SAW dan juga cuba berbual ketika makan dengan rakan anda. Jika anda berusaha melambatkan masa untuk menghabiskan makanan anda, pengambilan kalori anda akan berkurang dan dapat membantu anda untuk merasa lebih kenikmatan setiap suapan.

  1. Jangan Kerap Manjakan Diri

kekalkurus2

Sesetengah pakar mencadangkan anda supaya manjakan diri anda sekali seminggu dengan makanan yang anda inginkan setelah penat bersenam selama seminggu. Cara ini tidak digalakkan sangat, ini kerana cuba bayangkan segala usaha anda untuk bakar lebih 2000 kalori selama seminggu akan musnah dalam masa sehari hanya semata-mata untuk memuaskan nafsu makan anda. Sebaliknya, cuba manjakan diri anda dengan makanan pada hari yang istimewa seperti Hari Raya Aidilfitri dan majlis perkahwinan.

  1. Rehatkan Badan Anda

kekalkurus3

Tidur yang tidak mencukupi akan menganggu keseimbangan hormon yang mana akan mengakibatkan kenaikan dalam berat badan. Dalam satu kajian, wanita yang tidur yang kurang dari 6 jam dan lebih daripada 9 jam akan mengakibatkan kenaikan berat badan sebanyak 5kg berbanding wanita yang tidur 7 jam semalaman. Manakala lelaki, tidur yang tidak mencukupi akan mengakibatkan pengambilan makanan seharian dan pilihan untuk makan makanan yang tinggi kalori akan meningkat. Pastikan anda tidur secukupnya. Lagipun, tidur itu nikmat!

  1. Amal Diet Malaysia

kekalkurus4

Adalah lebih baik jika anda amalkan diet masakan Malaysia seperti Nasi Beriyani, Nasi Ayam dan lain-lain yang selalu disediakan oleh kebanyakkan restoran di Malaysia dan bukannya mengamalkan diet barat seperti salad dan ayam bakar. Ini kerana, kos untuk pengambilan diet barat adalah lebih mahal berbanding diet Malaysia. Seminggu dua anda masih lagi mampu makan masakan barat, tetapi minggu-minggu terakhir sebelum gaji semestinya poket anda tidaklah tebal seperti minggu pertama. Oleh demikian, adalah lebih baik anda makan Nasi Kerabu yang dijamin mengenyangkan anda dan lazat berbanding Salad Sayur yang belum tentu akan membuat anda kenyang dan serasi dengan citarasa anda sebagai orang Melayu. Tetapi ingat! Pastikan pengambilan kalori anda tidak melebihi keperluan seharian.

  1. Elak Junk Food

kekalkurus5

Junk food ialah makanan mempunyai kandungan nutrisi yang rendah, kebiasaannya dihasilkan dalam bentuk snek yang memerlukan sedikit atau tiada persiapan. Contoh junk food adalah kentang goreng daripada Mc’ Donald. Junk food tidak sihat untuk tubuh badan anda, kerana ianya mengandungi jumlah karbohidrat yang tinggi, lemak yang tidak sihat dan garam (sodium). Junk food kebiasaannya mengandungi kalori yang tinggi tetapi memberikan sedikit atau tiada nilai nutrisi kepada anda. Ingat! terdapat perbezaan bagaimana badan anda menggunakan beribu kalori yang datang dari junk food berbanding beribu kalori daripada makanan yang sihat atau segar. Jadi, pastikan anda mengisi perut anda dengan makanan yang sebenar yang penuh dengan khasiat.

5 Sebab Kenapa Mee Segera Bukan Diet Sihat

Ini adalah fakta! Kebanyakkan rakyat Malaysia senantiasa memastikan rumah mereka mempunyai stok mee segera. Ini disebabkan ianya jauh lebih murah, cepat dan mudah untuk disediakan berbanding masakan yang lain. Bahkan sesetengah rakyat Malaysia menjadikan mee segera sebagai menu wajib harian untuk mengurangkan berat badan mereka ke tahap ideal. Tetapi ramai yang tidak mengetahui kesan buruk mee segera terhadap tubuh badan mereka pada jangka masa panjang.

megi 1
1. Sodium
Kesemua makanan yang diawet termasuk mee segera mempunyai kandungan sodium yang tinggi. Pengambilan sodium yang melebihi daripada keperluan seharian akan menyebabkan masalah gemuk air. Lebih teruk, pengambilan sodium yang tinggi juga akan menyebabkan mereka menghidap sakit jantung, strok dan kerosakkan buah pinggang.

Overweight and obesity
2. Berat badan berlebihan (Overweight)
Umum mengetahui bahawa untuk mengurangkan berat badan, seseorang haruslah meminum air yang secukupnya. Mee segera yang juga mempunyai lemak tepu (saturated fat) yang tinggi akan menyebabkan seseorang mengalami kekurangan air dalam badan mereka dan ini akan menjadi penyumbang yang besar kepada masalah berat berlebihan.

megi4
3. Metabolisma
Sesetengah orang masih gagal mengurangkan berat badan biarpun mereka telah mengurangkan pengambilan kalori seharian dan mengamalkan senaman secara kerap. Antara penyebabnya adalah mereka mempunyai tahap metobalisma yang rendah. Disebabkan bahan perasa dan pengawetan didalam pemprosessan mee segera, pengambilan mee segera yang berlebihan akan mengurangkan tahap metabolisma seseorang dan untuk mengurangkan berat badan, seseorang haruslah mempunyai metabolisma yang tinggi.

megi3.1
4. Penghadaman
Penghadaman amat penting dalam pengurangan berat badan. Kebanyakkan pakar akan menasihatkan seseorang supaya memakan makanan yang “ringan” diwaktu malam untuk mempercepatkan proses penghadaman seperti biskut dan buah-buahan. Pengambilan mee segera secara kerap akan menyebabkan ketidak hadaman dan akan mengganggu usaha mereka dalam mencapai berat badan yang diidamkan.

megi5
5. Kanser
Pewarna makanan dan lilin adalah salah satu daripada bahan-bahan yang berhubung kait dengan kanser telah ditemui dalam mee segera. Lilin yang digunakan dalam pembuatan mee segera juga dikenali sebagai “Propylene glycol”. Ianya digunakan untuk memastikan mee tidak melekat antara satu sama lain. Penggunaan bahan tersebut dalam pembuatan mee segera menyebabkan kanser dan melemahkan sistem imunisasi seseorang.

7 Tanda Yang Anda Akan Tahu Anda Sedang Gemuk

Setiap orang tentu ingin mempunyai badan yang ideal, tidak kurus maupun tidak gemuk. Sayangnya, tidak sedikit orang merasa dirinya gemuk akibat beberapa faktor yang tidak jelas. Akan tetapi, tahukah Anda bahwa kelebihan berat badan (obesitas) mempunyai tanda-tanda khusus yang dapat dibaca?

1. Anda sedang tertekan?27.1

Tahukah anda tekanan amat berkait rapat dengan berat badan. Pada tahun 2010, buku American Journal of Public Health telah mengkaji bahawa orang yang sedang meghadapi tekanan lebih cenderung mengalami kenaikan berat badan. Individu yang mengalami tekanan akan bersendirian dan tidak akan berminat untuk menemui sesorang untuk berkonsultasi. Maka, hal ini akan menyebabkan berat badan mereka naik tanpa mereka sedari jika dibandingkan dengan individu yang mengalami tekanan yang berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan konsultasi. Ini kerana, individu yang mengalami tekanan perasaan cuba untuk melupakan tekanan dan melupakan masalah meraka dengan makan.

2. kesan pengambilan ubat-ubatan

28.2
Pengambilan ubat-ubtan juga akan menyebabkan kenaikan berta badan seseorang. Jika anda seorang pesakit yang mengambil pil hormone, steroid, beta-blocker untuk penyakit jantung dan tekanan darah, ubat anti cancer payudara dan sebagainya adalah faktor utama berat badan individu naik. Mungkin kesan yang dihasilkan oleh ubat-ubatan tersebut berbeza, namum ia tetap mempengaruhi nafsu makan, serta metabolism. Jika anda ingin mengtahui samaada ubat-ubatan yang sedang ambil boleh menaik berat badan, anda boleh mendapatkan nasihat dari doktor dan meminta menukar dengan ubatan alternatif.
3. Masalah pencernaan

Masalah pencernaan, termasuk buang air besar yang tidak lancar juga dapat dikaitkan dengan permasalahan berat badan anda yang naik. Menurut Dr Hedaya, sepatutnya seseorang individu yang normal seharusnya merasakan gerakan usus selepas sejam mereka makan. Jika anda tidak teratur dalam membuang air besar, anda akan menjadi kurang serat, dehidrasi ataupun adalah kesan dari pengambilan ubat-ubatan. Maka individu yang mempunyai masalah penghadaman haruslah makan makanan yang kaya dengan serat dan minum air yang banyak.
4. Tubuh tidak tercukupi oleh nutrisi tertentu

 

Individu yang kekurangan vitamin D, magnesium, atau zat besi dapat membahayakan system kekuatan tubuh badan, melemahkan tenaga atau memgubah metabolism anda dengan cara yang tidak baik. Untuk memastikan anda mendapat kadar zat besi yang mencukupi, anda boleh melebihkan pengambilan daging merah dan bayam manakala untuk magnesium anda boleh dapatkan daripada kacang almond. Akan tetapi, untuk pengambilan vitamin D, anda seharusnya mendapatkan terlebih dahulu nasihat daripada doktor kerane pengambilan vitaman D yang berlebihan akan memoengaruhi kesihatan ginjal.

 
5. Anda semakin tua

27.2

Tanda kegemukan juga dapat dikaitkan dengan faktor usia. Ini kerana individu yang berumur 40 tahun keatas badan tidak akan membakar kalori seperti individu yang berumur 20 tahun. Jadi pastikan anda mengamalakan aktiviti seperti olahraga dan bersukan serta kurangkan makan untuk menjaga metabolism. Menurut kajian, olahraga dan bersukan amat penting untuk menjaga berat badan dengan jangka masa panjang.
6. Sakit Tumit (Plantar Fasciitis)

27.3
Jika tumit anda sering sakit ini bermakna ia berkait rapat dengan bertambahnya berat badan,maka hati-hatilah. Sakit pada tumit ini dapat terjadi akibat tekanan berat badan yang terus bertambah. Selain itu, sakit pada tumit juga akan menyebabkan pergerakan seharian anda terbatas.
7. Anda terkena Sindrom Cushing

Kenaikan berat badan disertai dengan tekanan darah tinggi, osteoporosis, perubahan warna kulit pada bahagian perut atau paha, pipi kemerahan boleh menjadi pertanda bahawa tubuh badan anda tidak memproses nutrisi dengan cara yang seharusnya. Ini kerana kelenjar adrenal pada tubuh terlalu banyak memproduksi hormon kortisol. Jika sudah begitu anda sedang mengalami Sindrom Cushing. “Sindrom ini tidaklah umum, namun salah satu dari tanda-tandanya adalah distribusi lemak anda akan menjadi berlebih di bagian tengah tubuh anda, meninggalkan bagian pada lengan dan kaki yang cenderung lebih kurus,” Kata Dr Wittlin.
Jika anda termasuk orang dengan ciri-ciri diatas, maka segeralah untuk berjumpa dan mendapatkan nasihat dari doktor anda agar mendapatkan penyelesaian yang tepat. Semoga artikel ini bermanfaat buat anda.

Cara Paling Selamat Dan Cepat Untuk Turunkan Badan

Tahukah anda cara yang paling selamat dan cepat untuk menurunkan berat badan sehingga mencapai berat badan ideal. Kini, penyakit obesity terlalu meningkat di kalanagn masyarakat Malaysia. Ini kerana masyarakat Malaysia kurang mengambil berat masalah ini dan sering memikirkan perkara ini amat remeh.

obesiti

Kajian yang dihasilan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Jadi berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga selamat.

1. Pastikan makanan betul-betul hancur barulah ditelan.Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.

26.2

2. Amalkan memakan makanan yang kurang berlemak. Pastikan kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air berkarbonat, kuih muih, dan makanan segera.

26.3

3. Jika anda sering terasa lapar, makan nasi dalam kuantiti yang sedikit dan banyakkan makan lauk pauk, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.26.8

 

 

4. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, amalkan minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.

5. Pastikan anda tidak mengamalkan makan dilewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan makanan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.

fridge with food

fridge with food

6. Pastikan anda tidak terlepas waktu makan anda hanya kerana ingin menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sehari tetapi dalam keadaan sederhana.

7. Pastikan anda mengawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.

8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli ‘protein shakes’ dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.

9. Bagi memepercepatkan proses menurunkan berat badan, anda boleh mengunakan pil diet yang boleh dipercayai. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.26.5

10. Pasti kan anda meningkatkan aktiviti fizikal anda. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di taman cukuplah sekadar anda memastikan anda harus berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti meletakkan kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

26.6

 

 

11. Buat senaman ‘sit up’ dan ‘push up’ setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah ‘sit up’ dan ‘push up’ dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

26.7

Tahukah Anda Teh Basi Berkhasiat Untuk Tubuh Badan Kita

25.8Teh merupakan salah satu jenis minuman kegemaran kebanyakan rakyat malaysia. Semua orang pasti pernah meminumnya dan suka sebab teh tidak memiliki kandungan berbahaya didalamnya. Tapi perlu diingat agar tidak meminumnya berlebihan supaya tidak mengalami masalah pada pencernaan. Kini ,the mudah didapati dalam pelbagai jenis dan variasi mulai dari jenis teh hijau, teh hitam, bahkan teh instan atau yang sering kita sebut teh celup. Pembuatan minuman teh cukup mudah iaitu dengan meletakkan sesudu daun teh dengan air panas dan tunggu hingga daun teh merubah warna air menjadi coklat.

25.2
Manfaat Teh Basi Untuk Kecantikan

Seringkali kita membuang teh yang sudah semalaman di keesokan hari kerana merasakan teh tersebut sudah basi. Tetapi perlu diketahui bahawa teh sangat bermanfaat bagi kesehatan tubuh tidak hanya dalam keadaan yang baik (baru saja dibancuh) akan tetapi sangat bermanfaat ketika sudah basi. Banyak manfaat yang boleh didapat dari teh basi. Jadi mulai sekarang jangan membuang teh basi kerana amat merugikan dan membazir jika kita tidak memanfaatkannya. Untuk lebih mengetahui manfaat teh basi, berikut penjelasan manfaat teh basi untuk kecantikan.
1. Manfaat untuk kulit

25.4
Teh basi dapat menurangkan kedut di wajah dan membuat kulit sihat berseri. Caranya cukup mudah dengan mencuci muka dengan teh basi yang sudah dibiarkan selama semalaman. Cuci muka menggunakan daun teh (hampasnya) di pagi hari dan lakukan rutin ini setiap hari. Selain itu, terdapat manfaat lain dari mencuci muka menggunakan teh basi iaitu menghilangkan sel kulit mati, menghilangkan jerawat, menghilangkan flek hitam dan komedo, serta membersihkan kulit.

 

2. Manfaat untuk mata

25.6

Bagi anda yang suka menghabiskan waktu yang lama didepan komputer, pasti mata akan jadi terasa penat dan mudah kehilangan fokus. Masalah ini boleh diatasi dengan mencuci mata mengunakan teh basi. Caranya celupkan muka anda ke dalam bekas berisi teh basi lalu perlahan-lahan buka mata anda ketika muka masih tercelup. Ini kerana teh tersebut dapat menyihatkan mata anda agar dapat terang kembali. Cara lainnya adalah menekan mata menggunakan hampas teh basi selama 20 minit. Dijamin mata anda akan terasa lebih segar dan dingin.

 

3. Manfaat untuk rambut

25.7
Teh basi juga memberi kesan untuk kesihatan rambut. Rambut yang kusam dan mudah rontok boleh diatasi dengan cara meramas menggunakan air teh basi. Tuangkan air teh basi ke rambut dan ramaslah seperti menggunakan shampu. Tetapi perlu dipastikan agar jangan menggunakan teh yang tercampur gula, kerana akan menyebabkan rambut anda melekit. Sesudah itu, bilas rambut dengan air bersih. Lakukannya setiap hari, pasti rambut anda akan sihat, berkilau, kuat dan bebas dari kerontokan.

Teh memang banyak manfaatnya dan boleh digunakan dari keadaan mentah hingga basi bagi kesihatan tubuh dan kecantikan.

25.3

7 Cara Air Kosong Mampu Membuatkan Anda Kurus Yang Anda Tidak Tahu

24.4Kenapa Perlu Minum Air?

Seperti yang kita tahu, air adalah bahan yang penting didalam tubuh badan dan sangat diperlukan untuk enzim bagi penghadaman makanan, pengaliran darah dan peluh atau keringat yang sempurna…

Selain itu, air akan menyeragamkan suhu badan anda dan membawa segala zat pemakanan yang diperlukan keseluruh badan..

Air juga penting untuk semua organ badan berfungsi dan juga untuk proses didalam se-sel badan…

24.2

Air sangat penting kerana berfungsi untuk penghadaman makanan serta pembuangan air serta kumuhan pembakaran lemak (ketone). Minum air yang banyak juga akan membantu masalah sembelit….

Ia juga membantu mengekalkan PH yang seimbang didalam badan anda. PH badan yang asidik akan melambatkan pembakaran lemak…

 

 

1. Jadikan Air Kosong Sebagai Minuman Utama

24.1
Bab ini memang selalu sangat orang pesan. Nampak mudah tapi bila keluar makan di luar sahaja, mulalah mahu order pelbagai air manis. Kuatkan mental anda untuk menolak minum air manis. Amalkan memesan air kosong ketika makan di luar dan sering membawa botol air ke mana sahaja anda pergi.

2. Bawa Botol Air & Tandakan Waktu Anda Perlu Minum

24.3

Ini merupakan tips bagi siapa yang payah sangat mahu minum air kosong. Mahu gunakan botol mineral biasa pun boleh. Caranya, tandakan setiap 1 atau 2 jam anda perlu habiskan banyak mana. Pastikan anda mendisiplinkan diri anda untuk meghabiskan air dalam waktu yang ditetapkan.

3. Sebelum Makan Nasi & Lauk Sedap-Sedap, Minum Dulu Air Kosong

9

 

Cara ini yang paling mudah. Amalkan meminum segelas air 1 jam hingga 30 minit sebelum anda makan. Ini kerana, pengambilan air dapat mengurangkan selera makan. Selain itu, anda dapat mengawal pengambilan makanan dan secara tdak langsung dapat menurunkan berat badan.

4. Biasakan Minum Air Kosong Sebaik Sahaja Bangun Tidur

8
Ini memang penting, selain dapat mengurangkan dapat risiko penyakit lain, minum air kosong sebaik bangun pagi merupakan salah satu cara yang dapat serta membantu anda untuk kurang makan ketika sarapan.
Sediakan terus air botol di tepi katil. Lepas bangun, terus minum dan rasakan sendiri kesegaran kepada badan anda. Tidak sangka bukan, perkara mudah sebegini mampu memberi kesan sepanjang hari.

5. Minum air mengikut kadar berat badan

12

Siapa kata anda perlu minum 8 gelas sehari sudah cukup? Pengambilan aier untuk setiap individu haruslah mengikut kadar berat badan individu itu sendiri. Di setiap 1 liter air untuk setiap 25 kg berat badan individu tersebut. Jika berat badan seseorang menigkat maka kuantiti air yang perlu diminum juga adalah meningkat.

Tips pengambilan air dengan banyak – mulakan dengan kuantiti kecil dulu.

6. Minum Dengan Gunakan Straw

water_glass_straw

 
Sedar atau tidak sedar, jika kita sedang menonton wayang, mudah benar air habis. Begitu jugalah dengan air masak. Bila ada straw maka perasan atau tidak, ia membantu kita untuk menghabiskan air masak.

7. Disiplinkan Diri, Minum Segelas Air Selepas Solat

11

Bagi individu yang beragama Islam, amalkan pengambilan air setiap kali selepas solat 5 waktu. Pastikan anda telah menyediakan sebotol air di tepi anda sebelum solat. Cara ini ,akan menjadi kebiasaan bagi anda setelah solat dan individu yang sering malas serta lupa.
Semua tips yang kami kongsikan ini tidak akan berhasil jika anda tidak konsisten dan sekadar semangat di awal-awal perkara ini dilakukan.

 

 

Rahsia Warna Yang Anda Perlu Tahu Untuk Atasi Masalah Kesihatan

Adakah anda sering mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk?. Tetapi tahukah anda bahawa warna mampu menghapuskan masalah tersebut.

MERAH
MENGHILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA

m

Kajian telah mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala.. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran darah serta melonjakkan adrenal.
Akan tetapi, warna merah tidak digalakan pengunaannya secara keterlaluan kerana ia merangsang sistem badan dengan terlalu kuat dan boleh mengakibatkan suhu badan meningkat dengan cepat serta menigkatkan tekanan darah meningkat

 
BIRU
MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA

b

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah “screen saver” computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang.
Selain warna biru, adalah warna yang melegakan, tenanag dan damai kepada system badan. Ia memberi kesan rehat, sihat dan selamat kepada minda.

 
MERAH JAMBU
ELAKKAN INSOMNIA

9.-Pink

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut.Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik. Biasa nya warna ini sering dihiasi dalam kamar bayi dan kanak-kanak.

 
JINGGA
CERIAKAN MOOD ANDA

j

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Ini kerana warna ini berfungsi menceriakan mood anda. Warna ini juga mampu meningkatkan selera jika dihiasi di ruang makan.
Akan tetapi, kanak-kanak tidak digalakan mengunakan warna ini di persekitaran dan pakaian kerana akan terdorong menjadi hyperaktif.

 
HIJAU
LENYAPKAN KELETIHAN

green-desktop

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mampu mengatasi keletihan kerana ianya memberi kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan .
Warna hijau seeloknya dipakai oleh mereka yang sedang sakit. Dalam keadaan tubuh yang sakit memerlukan rehat yang cukup bagi membolehkan ia menjana kembali kekuatanya. Dengan suasana yang harmoni di dalam tubuh, ia boleh membantu system imun tubuh untuk melawan penyakit atau virus. Ini kerana jika tubuh yang tidak cukup rehat akan bekerja dalam situasi tertekan dan sukar untuk sembuh. Kerana itulah pesakit hospital pakau baju hijau.