February 25, 2016
Alasan yang sering diberikan ramai individu untuk mengelak daripada bersenam ialah tidak mempunyai masa dan sibuk, antara alasan yang sudah banyak kali dipakai. Fikirkan berapa banyak masa yang terbuang setiap hari tanpa berbuat apa-apa atau melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jika matlamat anda ialah untuk mengurangkan berat badan dengan cepat tanpa sebarang ubat-ubatan atau suplemen maka anda perlu jadikan senaman sebagai aktiviti utama dalam kehidupan seharian. Tidak kisahlah jika anda masih baru, di mana ada kemahuan tentu ada jalan, maka jangan katakan tidak pada senaman.
Oleh itu, buat anda yang sering sibuk dengan kerjaya dan untuk mengatasi masalah tiada masa untuk membuat sebarang aktiviti kecergasan, kami sediakan sedikit pelan senaman untuk anda selama seminggu. Diharapkan agar anda dapat melakukannya secara konsisten walaupun aktiviti ini boleh dilakukan hanya di rumah sahaja. Fokuskan pada matlamat bukan sahaja mendapatkan perut yang rata dan susuk tubuh yang kurus dan cergas, malahan kesihatan anda secara keseluruhannya lebih terjamin.
Continue Reading ➞
February 24, 2016

Gambar sebelum

Gambar selepas
Dalam hidup ini, tiada apa pun yang mustahil untuk kita gapai jika kita berusaha. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan. Cuma, tiap sesuatu untuk dicapai itu semuanya kena ada usaha.
Kisah transformasi gadis ini yang dulunya berbadan gempal, kini penampilannya cukup luar biasa sehingga menjadi sumber inspirasi untuk kita semua. Jadi, beliau telah berkongsikan sedikit rahsia dan tips bagaimana beliau berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 kg.
Continue Reading ➞
February 23, 2016

Selulit ibarat kulit luar buah oren yang agak menggerutu dan tidak licin. Ia merupakan ‘gangguan’ kulit yang menjadi salah satu musuh kuat kaum wanita. Mempunyai berat badan yang berlebihan boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan. Salah satunya ialah timbulnya selulit atau Stretch Mark. Walau bagaimanapun selulit sebenarnya boleh timbul pada siapa sahaja, tidak hanya pada orang yang mempunyai berat badan berlebih, malahan orang kurus juga tidak terlepasa dari masalah selulit ini.
Apa itu Selulit? Selulit sebenarnya adalah lemak pada kulit yang bercantum dengan collagen. Gabungan collagen itulah yang memberikan selulit rupa seperticottage cheese yang Nisa tidak ingini. Selalunya selulit bentuk pada peha, punggung dan ada ketikanya pada tangan, lengan, betis dan bahagian torso atas. Biasanya orang yang baru melahirkan anak juga paling bermasalah di sekitar bahagian perut dan juga paha.
Continue Reading ➞