January 23, 2016
Lelaki paling gemuk di China nekad menguruskan badan selepas rasa malu dan terhina
Seorang pemuda yang pernah memegang gelaran lelaki tergemuk di China, nekad menguruskan badan selepas berasa teramat malu dan terhina selepas diusung menggunakan troli ke hospital kerana saiz badannya yang terlalu besar dan tidak muat untuk menaiki ambulans pada 2010. Berat badan Liang Yong, 26, yang sebelum ini mencecah 225 kilogram, kini berjaya susut sebanyak 78.6 kilogram kepada 146.4 kilogram selepas lima tahun mengikuti program diet anjuran sebuah hospital di Chongqing, barat daya China.
Jadi, abang-abang ‘terlebih sado’ di luar sana tu…tak rasa tercabar ke dengan kegigihan lelaki ini menyingkirkan lemak-lemaknya? Jangan tunggu sampai anda dimalukan, baru rasa menyesal tak sudah.
Post kali ini khusus untuk lelaki debab, gemuk, buncit, boroi dan seumpamanya. Jika anda ingin kelihatan sihat, segak, cergas, kacak dan lebih maskulin, bersemangatlah ikuti 5 tip untuk kuruskan badan yang akan kami kongsikan. Continue Reading ➞
January 22, 2016
Melakukan aktiviti senaman dapat meningkatkan tahap kesihatan ibu hamil. Ia juga sebagai langkah persediaan fizikal bagi menghadapi detik-detik kehamilan yang panjang. Bagi ibu hamil yang normal, iaitu tidak menghadapi sebarang komplikasi kehamilan, disyorkan agar menjalani rutin senaman yang sederhana, lembut dan tidak memudaratkan. American College of Obstetricians and Gynecologists mengesyorkan agar ibu-ibu mengandung bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
Perlu diingatkan bahawa, bersenamlah secara sederhana dan berpada-pada. Jangan membebankan diri sehingga membakar lemak ataupun keletihan kerana ini akan membahayakan diri dan juga bayi dalam kandungan. Oleh itu, kami berbesar hati untuk sama-sama kongsikan kepada anda
beberapa garis panduan khusus aktiviti senaman dan kebaikannya untuk ibu-ibu bamil yang bersedia mengamalkan budaya hidup yang sihat dan cergas.
Continue Reading ➞
January 20, 2016
Jantung merupakan salah satu organ terpenting yang menghidupkan semua sistem biologi dalam tubuh kita. Tanpa degupannya, sudah pasti seseorang itu tidak bernyawa. Jantung akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun, disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dari awal diberikan kepada jantung.
Serangan sakit jantung biasanya berlaku secara mengejut dan lambat mendapatkan rawatan ia boleh membawa kepada kematian. Oleh itu, kami ingin kongsikan sedikit tips berguna kepada anda berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita agar ia kekal sihat.
Continue Reading ➞