April 13, 2016

Biasanya tuntutan kerja di meja kerja membuatkan seseorang terpaksa duduk berjam-jam lamanya. Semua orang tentunya sudah sedia maklum bahawa kebiasaan duduk terlalu lama sebenarnya tidak baik untuk kesihatan.
Hal ini kerana ia bukan sahaja mengundang kepada masalah kegemukan, duduk tanpa melakukan banyak aktiviti juga akan meningkatkan tekanan darah, meningkatkan potensi penyakit jantung, diabetes, buasir dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menghindari dan mengatasinya bagi memastikan tubuh badan anda tetap sihat. Menurut satu penelitian di Barat bahawa dengan berolahraga dan membuar beberapa aktiviti kecergasan secara rutin dapat membantu serta mencegah seseorang mendapat pelbagai kesan buruk terutamanya ke atas kesihatannya jika duduk terlalu lama.
Continue Reading ➞
April 11, 2016

Kebanyakan orang, khususnya wanita, lebih dominan memikirkan tentang berat badan ideal mereka. Masalah ini sering menjadi alasan mereka untuk melakukan diet ketat untuk menurunkan berat badan sebanyak yang mungkin dalam waktu yang singkat.
Namun begitu, berapa ramaikah di kalangan kita yang tahu berapa banyak berat badan yang boleh dikurangkan dalam masa seminggu, sebulan atau setahun dan ia dianggap selamat? Mengikut livestrong.com, penurunan berat badan yang selamat dan efektif adalah tergantung kepada berat badan anda. Buatlah kombinasi yang seimbang antara diet pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal yang boleh membantu membakar kalori dan jangan biarkan tubuh menjadi tempat berkumpulnya lemak-lemak yang tidak diingini.
Continue Reading ➞
April 7, 2016

Kehidupan yang serba moden dan rutin harian yang padat menyukarkan kita untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Biasanya waktu tidur normal seseorang adalah antara tujuh (7) jam sehari. Namun, ramai orang hanya menghabiskan waktu istirehatnya lima (5) jam sahaja.
Benarkah masalah tidur penyebab kepada masalah kegemukan? Ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa 7 daripada 10 orang mengalami masalah tidur yang berkualiti. Perkara ini nampak remeh dan biasa, tetapi jika dibiarkan berlarutan lama-kelamaan ia menjadi punca kepada masalah kesihatan lebih-lebih lagi berkaitan dengan berat badan.
Continue Reading ➞