Saban tahun, angka yang meninggal dunia akibat daripada komplikasi berkait rapat dengan obesiti cukup besar. Ramai di kalangan kita mungkin tidak sedar bahawa obesiti merupakan antara punca kematian tertinggi kerana kegemukan itu ibarat lubuk punca semua penyakit kronik. Pertambahan saiz dan berat badan yang berlebihan boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan yang serius seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung, strok, masalah tidur, asma, kegagalan mengawal air kencing, sakit belakang, ketidaksuburan dan pelbagai lagi.
Jadi, cara terbaik untuk merawat dan mengurangkan masalah kesihatan yang serius itu adalah dengan mengecilkan saiz dan mengurangkan berat badan. Pelbagai cara mengurangkan berat badan boleh dilakukan seperti berdiet, aktif bersenam atau mengambil pil kurus tetapi bukan semua orang dapat keputusan seperti yang diingini atas faktor tertentu.
Oleh kerana ada yang tidak dapat mengurangkan berat badan atas faktor-faktor tertentu, maka alternatif terakhirnya adalah dengan melakukan pembedahan bariatrik atau bahasa mudahnya pembedahan perut. Apa itu pembedahan bariatrik?