//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js

Tahukah Anda, 4 Tabiat Tidur Ini Buat Anda Cepat Gemuk

289535FB00000578-3077965-Obesity_and_depression_not_a_lack_of_sleep_is_the_driving_force_-a-4_1431424578738

Kehidupan yang serba moden dan rutin harian yang padat menyukarkan kita untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Biasanya waktu tidur normal seseorang adalah antara tujuh (7) jam sehari. Namun, ramai orang hanya menghabiskan waktu istirehatnya lima (5) jam sahaja.

Benarkah masalah tidur penyebab kepada masalah kegemukan? Ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa 7 daripada 10 orang mengalami masalah tidur yang berkualiti. Perkara ini nampak remeh dan biasa, tetapi jika dibiarkan berlarutan lama-kelamaan ia menjadi punca kepada masalah kesihatan lebih-lebih lagi berkaitan dengan berat badan.

 Apakah tabiat-tabiat yang tidak elok untuk diamalkan sehingga membuatkan seseorang itu berhadapan dengan masalah kegemukan? Berikut penyebabnya;

B97341223Z.120140716175615000GRN61CLC.111. Tidur bukan keutamaan

Kebanyakan orang meremehkan waktu tidur mereka dan lebih memilih melakukan kegiatan lain seperti bermain permainan video, melepak dengan kawan-kawan di luar atau menonton cerita lewat malam daripada tidur mengikut waktunya. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang kurang tidur cenderung akan mengambil lebih banyak kalori dibandingkan orang yang cukup tidur kerana mempunyai masa yang ada dengan makan, bukan berehat atau tidur. Jika anda sudah terbiasa dengan kurang tidur, berkemungkinan besar anda juga akan terbiasa mengambil lebih banyak kalori sehingga membuatkan anda lebih cepat gemuk. 

alarmclockjpg.jpeg.size.xxlarge.letterbox2. Kualiti tidur rendah

Jika anda merupakan orang yang jenis tepat pada waktunya, tetapi mudah terbangun pada tengah malam ataupun tidur yang mudah terganggu, itu bermakna anda mempunyai kualiti tidur yang tidak baik. Kualiti tidur yang rendah juga boleh membuatkan seseorang itu cepat gemuk kerana mudah merasa tertekan. Kualiti tidur seperti ini mungkin disebabkan oleh beberapa hal kecemasan, stres dan seumpamanya. Untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, seelok-eloknya lakukan sedikit senaman atau meditasi. Matikan segala objek elektronik atau letak dalam mod silent agar tidur anda tidak terganggu dengan bunyinya.

18smyziv9jh29jpg3. Makan sebelum tidur

Makan sebelum masuk tidur adalah tabiat yang tidak elok. Kesannya anda akan mengambil lebih makanan berat dan berkalori tinggi dengan berharap dapat tidur lebih lama dan nyenyak. Tabiat ini boleh diubah jika anda masih berasa lapar sebelum tidur dengan mengambil minuman segelas susu atau malt coklat dan beberapa biji kurma atau kismis. Makanan ini tidak mengenyangkan tetapi mampu menahan perut anda dari terus lapar. Jangan lupa berus gigi dengan ubat gigi berpudina bagi mengurangkan keinginan untuk makan lewat malam. 

3040000-poster-p-1-how-i-finally-trained-myself-to-wake-up-early4. Bangun lewat

Adakah anda seorang yang suka tidur lewat atau kerap menukar kepada mod snooze tiap kali alarm telefon berbunyi? Sebaiknya ubah tabiat itu dengan terus bangun dan jangan sambung tidur. Tidur lewat akan membuatkan anda akan bangun lewat pada keesokannya harinya dan ini akan membuatkan anda berada dalam keadaan lapar dua kali ganda dari biasa. Tidak hairan jika ada kemungkinannya anda akan makan dengan banyak. Tabiat ini jika tidak diubah lama-kelamaan akan membuatkan berat badan naik mendadak. Jadi, tidurlah di awal waktu  dan ini akan membuatkan anda bangun pagi lebih awal.

Jadi, waktu sarapan anda lebih teratur dan berpada-pada. Atasinya dengan segera bangun jika terjaga dengan bunyi alarm walaupun masih terasa mengantuk dan buat sedikit regangan dan senaman ringan. Hirup udara pagi yang segar mampu membuatkan anda terasa lebih cergas untuk memulakan hari baru.

 

 

 

• Meet the Author ➞ diarikurus1



3 comments… add one
  • Kalau jaga tidur dengan baik emmang banyak faedahnya. Badan lebih segar, rasa malas hilang, senang nak fokus kepada aktiviti yang lain.

    Reply
    • yes..for sure

      Reply

Leave a Comment

Cancel reply

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x