
Pernah dengar kaedah atau teknik berdiet Intermittent Fasting (IF)? Berkesankah teknik diet ini dalam membantu saya untuk kurus? Mungkin ada yang tak pernah dengar apa itu Intermittent Fasting(IF). Diet ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Secara am, intermittent fasting atau IF telah dipopularkan oleh Deddy Corbuzier sebagai OCD (Obsessive Corbuzier Diet) yang mana beliau telah mencetuskan satu revolusi baru dengan memperkenalkan diet ini melalui leangains.com, dan biasanya ia memerlukan anda untuk berpuasa selama 24 jam sekali sehari bagi setiap minggu. Kaedah ini nampaknya terbukti berkesan kerana ia bukan sahaja membantu dalam membakar lemak, padahal dalam masa yang sama ia turut membina otot-otot tubuh.







Tampil langsing memang memberikan banyak manfaat kepada kehidupan seharian. Sebahagian besar daripada kita terutamanya kaum wanita, akan berusaha sedaya upaya agar tubuh kelihatan kurus, langsing, cantik dan sihat. Jadi, tidak hairanlah jika golongan hawa ini sanggup berhabis duit untuk membeli pelbagai jenis produk pelangsingan badan. Ini kerana mereka percaya, tubuh yang langsing akan mebuatkan tahap keyakinan diri juga turut meningkat.
Memiliki berat badan yang ideal, dengan potongan badan yang cantik memang menjadi impian bagi semua orang. Tetapi berapa ramai yang berani hadapi kenyataan bahawa anda sedang berhadapan dengan masalah kegemukan dan pelbagai penyakit serius jika tidak dikawal? Berapa ramai yang sanggup menyahut cabaran untuk kurus demi kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera? Pokok pangkalnya adalah kekuatan dan semangat dalam diri sendiri.
Benarkah mereka yang kurus memiliki metabolisma yang tinggi, manakala mereka yang gemuk memiliki metabolisma rendah? Sebenarnya fakta itu tidak benar seratus peratus. Memiliki tahap metabolisma yang tertentu sahaja tidak menentukan berat badan anda. Berat badan bergantung kepada keseimbangan kalori yang diambil dengan kalori yang dibakar.