9 Jenis ‘Superfood’ Untuk Kuruskan Badan

superfood

Kebanyakan orang yang mengalami masalah pertambahan berat badan selalunya risau untuk makan apa sahaja yang diingini, lebih-lebih lagi jika dalam proses menguruskan badan. Pelbagai cara sudah pasti akan dicubanya, sehingga ada yang sanggup berhabis beribu-ribu ringgit untuk menguruskan berat badan semata-mata demi menjaga atau mengekalkan kecantikan paras rupa dan bentuk fizikal.

Sebenarnya banyak cara atau tips yang boleh diikuti untuk menguruskan berat badan. Antara kaedah yang boleh diamalkan ialah pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat di samping makan secara berdiet. Kaedah memakan ubat-ubatan amatlah tidak digalakkan kerana dikuatiri mengandungi bahan yang berbahaya kepada tubuh. Jika terpaksa menggunakan ubat-ubatan, pastikan anda mendapat nasihat prekrispsi yang betul dari doktor atau ahli farmasi.

Topik kali ini kami akan memperkenalkan kepada anda beberapa jenis superfood. Apa itu ‘superfood?’ Superfood merupakan makanan yang terbaik untuk membantu anda mengekalkan bentuk badan yang langsing dan kurus. Di sini, kami senaraikan 9 jenis superfood dan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pelan diet pemakanan anda.

Continue Reading ➞

Jauhi 7 Tabiat Ini Jika Tidak Mahu Perut Buncit

cara-mengecilkan-perut

Memiliki perut buncit memang sesuatu yang menggerunkan bukan sahaja lelaki, malahan juga buat kaum wanita. Tiada siapa yang menginginkan perut sedemikian rupa, apatah lagi seakan menjadi trauma jika dilabel ‘mengandung gajah’. Jika anda memiliki perut yang buncit, itu tandanya anda memiliki tahap kesihatan yang tidak baik.

Bagi kebanyakan orang, semakin kita meningkat umur semakin besar dan buncit perut kita. Selalunya kita menyangka kerana kita banyak makan. Perut buncit memang tidak selesa dan menjejaskan penampilan seseorang. Ia membuatkan seseorang berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan. Persoalannya, kenapa perut menjadi buncit? Sebenarnya, ada beberapa faktor atau tabiat yang tanpa sedar kita telah melakukannya sehari-hari sehingga akhirnya mengundang kepada pelbagai masalah lain teurtamanya masalah berperut buncit. Apa tabiat tersebut? Jom kita semak sama-sama.

Continue Reading ➞

1

Ini Akibatnya Jika Ambil Ubat Pelangsingan Badan. Kesannya sangat Mengejutkan!!!

512Ramai sedia maklum penggunaan pil diet ini mempunyai risiko terhadap kesihatan. Namun, penjualan ubat kurus, pil diet atau pil pelangsingan badan tetap dilangsungkan kerana ia menjadi suatu peluang perniagaan yang cukup menguntungkan. Malahan golongan sasaran yang menggunakan produk pelangsingan kebanyakannya terdiri daripada wanita muda.

Tambahan, sudah menjadi fitrah semulajadi setiap wanita ingin kelihatan cantik dan memiliki bentuk tubuh yang menarik. Kebanyakan wanita beranggapan bahawa tubuh yang langsing melambangkan kecantikan dan kejayaan seseorang individu. Dengan penampilan sebegitu mereka lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat umum. Jadi, tidak hairanlah ramai yang mahukan diri mereka kelihatan seperti seorang “supermodel’ walaupun ada yang memberi alasan menyahut seruan kerajaan mempromosi budaya hidup sihat.

Continue Reading ➞

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x