9 Teknik Senaman Efektif Mendapatkan Six Pack Abs

Pemikiran kita sering dikaburi dengan perumpamaan wanita cantik adalah wanita yang memiliki susuk tubuh yang kurus, pinggang yang ramping dan potongan badan yang cantik, manakala lelaki yang ‘macho’ adalah lelaki yang memiliki susuk tubuh yang sasa, badan yang bidang dan memiliki six pack abs. Benarkah begitu?

Untuk mendapatkan six pack abs bukan hanya dengan membuat senaman perut sahaja. Penentuan jumlah kalori yang diambil dalam diet pemakanan dan senaman kardio juga memainkan peranan utama untuk menyingkirkan lemak. Cuba bayangkan jika anda berjaya mendapatkan six pack abs, tetapi lemak-lemak degil masih berkumpul di kawasan perut. Tentu nampak jelek, bukan.  Ada yang berpendapat senaman bangkit tubi (sit up) merupakan satu-satunya teknik senaman perut yang mudah dan efektif. Betulkah?

Continue Reading ➞

Idamkan Perut Rata, Amalkan 9 Kaedah Ini

Perut merupakan pusat utama bagi kebanyakan penyakit dan ubat atau rawatan yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengawal pemakanan. Malah Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda yang bermaksud, “Setiap penyakit disebabkan oleh banyak makanan dan setiap ubat disebabkan oleh sedikit makan.”

Tabiat terlalu banyak makan boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti sakit perut, kembung, sembelit, rasa mual, muntah atau cirit birit. Sindrom berlakunya kerengsaan usus ini menandakan bahawa anda mungkin mengalami ketidakseimbangan organisasi dalam usus kita. Apakah simptom-simpton tersebut?

Continue Reading ➞

1

21 Sebab Kenapa Anda Perlu Makan Pisang

Rakyat Malaysia paling gemar makan pisang goreng, apatah lagi dihidang panas-panas jika dibandingkan jika makan buah pisang itu mentah-mentah. Terdapat pelbagai jenis dan saiz pisang di dunia ini dan biasanya paling banyak ditemui adalah pisang berwarna kuning. Dari jenis yang berwarna hijau, kuning sehinggalah kepada pisang yang berwarna merah jambu. Malah ada yang berpendapat pisang merah ini lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan pisang kuning kerana semakin merah buahnya, semakin tinggi kandungan karotenanya.

Kenapa perlu makan pisang? Buah pisang dikatakan mempunyai banyak khasiat dan kebaikan kepada kesihatan manusia. Antara khasiat dan kebaikannya itu adalah sebagai sumber tenaga, merawat kemurungan, anemia, melegakan sembelit, PMS, melegakan ‘morning sickness’ dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih banyak khasiat di sebalik buah pisang, jom baca artikel ini sampai habis.

Continue Reading ➞

Nak Panduan Kurus PERCUMA? Masukkan Nama & Email 
x