
Rasa give up kan bila sudah mencuba pelbagai produk pelangsingan dan workout setiap hari, tetapi tidak banyak perubahan yang berlaku ke atas pengurangan berat dan saiz fizikal badan. Oleh itu, kami ingin kongsikan 24 cara berdiet untuk kurus dengan cepat dan berkesan tanpa memerlukan pengambilan ubat-ubatan atau produk pelangsingan badan.
1. Jangan Berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Inimenyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
2. Ambil Sesuatu yang Pahit Sebelum Makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekuranganenzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
Tampil langsing memang memberikan banyak manfaat kepada kehidupan seharian. Sebahagian besar daripada kita terutamanya kaum wanita, akan berusaha sedaya upaya agar tubuh kelihatan kurus, langsing, cantik dan sihat. Jadi, tidak hairanlah jika golongan hawa ini sanggup berhabis duit untuk membeli pelbagai jenis produk pelangsingan badan. Ini kerana mereka percaya, tubuh yang langsing akan mebuatkan tahap keyakinan diri juga turut meningkat.
Tubuh kita mengandungi kira-kira 70 peratus air dan ini bermakna setiap hari, sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas atau bersamaan dengan 2 hingga 3 liter air yang perlu kita minum. Minum air dengan secukupnya akan memberikan banyak manfaat kepada kesihatan kita. Ia membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh dan menjadikan kita lebih bertenaga, peka dan fokus. Di samping itu, ia menjadikan kulit kekal lembap dan berseri manakala rambut akan menjadi lebih kuat dan bersinar.
Statistik perangkaan daripada Tinjauan Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Malaysia menunjukkan bahawa sebanyak 43 peratus daripada rakyat Malaysia mempunyai berat badan yang berlebihan dan gemuk melampau atau obesiti, manakala kira-kira 38 peratus daripadanya adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai berat badan berlebihan.
Sarapan merupakan sajian terpenting dalam kehidupan seharian. Ia bukan sahaja menjadi hidangan pertama pada setiap hari pada waktu pagi, malahan terdapat kajian mendapati bahawa apa yang anda makan untuk sarapan akan turut mempengaruhi apa yang anda makan pada keseluruhan hari.
Benarkah mereka yang kurus memiliki metabolisma yang tinggi, manakala mereka yang gemuk memiliki metabolisma rendah? Sebenarnya fakta itu tidak benar seratus peratus. Memiliki tahap metabolisma yang tertentu sahaja tidak menentukan berat badan anda. Berat badan bergantung kepada keseimbangan kalori yang diambil dengan kalori yang dibakar.
Lelaki paling gemuk di China nekad menguruskan badan selepas rasa malu dan terhina
Melakukan aktiviti senaman dapat meningkatkan tahap kesihatan ibu hamil. Ia juga sebagai langkah persediaan fizikal bagi menghadapi detik-detik kehamilan yang panjang. Bagi ibu hamil yang normal, iaitu tidak menghadapi sebarang komplikasi kehamilan, disyorkan agar menjalani rutin senaman yang sederhana, lembut dan tidak memudaratkan. American College of Obstetricians and Gynecologists mengesyorkan agar ibu-ibu mengandung bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
Jantung merupakan salah satu organ terpenting yang menghidupkan semua sistem biologi dalam tubuh kita. Tanpa degupannya, sudah pasti seseorang itu tidak bernyawa. Jantung akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun, disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dari awal diberikan kepada jantung.